Pengujian dan pembincangan mengikut negara Pendapatan asas sejagat

Brazil

Negara Brazil mempunyai suatu sistem hampir mirip konsep ini iaitu rancangan Bolsa Família yang mengagihkan duit kepada keluarga-keluarga miskin dengan syarat anak-anak dipastikan persekolahan dan penjagaan kesihatan (seperti pemvaksinan) mereka.

Amerika Syarikat

Konsep ini pernah dibincangkan secara meluasnya sejak penubuhan negara itu dari Thomas Paine hinggalah ke Martin Luther King, Jr. Baru-baru ini, Andrew Yang merupakan pendokong utama yang mengusulkan peruntukan wang ini sebanyak USD1,000 dalam pencalonan peringkat Parti Demokrat semasa pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2020 .[7]

Persoalan ini kembali menjadi tumpuan berikutan terjejasnya ekonomi negara tersebut hasil pandemik koronavirus yang berlaku di sana. Yang[8] serta Alexandria Ocasio-Cortez dan Tulsi Gabbard mendesak langkah sebegini sebagai bantuan sementara sehinggalah krisis pandemik menyusut di negara tersebut;[9][10] malah ia turut mendapat sokongan daripada Parti Republikan yang berlawanan termasuk Mitt Romney dan Tom Cotton.[11] Pertimbangan ini mendapat perhatian daripada pemerintahan Donald Trump sendiri yang menyatakan akan ada pelaksanaan pemeruntukan sebegini untuk golongan bukan jutawan dalam suatu pakej stimulus kewangan.[12][13]

Finland

Suatu eksperimen perintis dilakukan pemerintah Finland selama 2 tahun dari Januari 2007 meliputi sebanyak 2,000 orang warga.[14][15] Ia berakhir pada April 2018 setelah permohonan dana melanjutkan projek ini tidak diluluskan.[16]

Kanada

Persatuan Perubatan Kanada (Canadian Medical Association) meluluskan suatu usulan menyokong idea pendapatan asas serta percubaan melaksanakannya di Kanada pada tahun 2015.[17]

Kenya

Suatu ujikaji pelaksanaan pendapatan ini dilakukan di kawasan kota Nairobi mealui program GiveDirectly sejak 2017.[18]

Malaysia

Parti Sosialis Malaysia mengusulkan suatu bantuan kewangan berupa konsep ini yang boleh diterapkan dalam suatu "strategi nasional" menangani kesan dampak pandemik COVID-19 terhadap ekonomi negara ini.[19]

United Kingdom

Sebanyak 170 ahli Parlimen dan Tuan Bangsawan (Lord) menandatangani suatu surat mendesak kerajaan United Kingdom memperkenalkan suatu pendapatan asas yang bertindak sebagai bantuan kewangan sokongan rakyat saat negara tersebut dilanda wabak koronavirus COVID-19.[20]

Rujukan

WikiPedia: Pendapatan asas sejagat http://time.com/5528621/andrew-yang-universal-basi... http://basicincome.org/ http://societal.org/docs/55.htm https://www.businessinsider.com/coronavirus-aoc-de... https://www.businessinsider.com/tom-cotton-calling... https://www.cnbc.com/2020/03/13/andrew-yang-aoc-fr... https://www.foxnews.com/media/tulsi-gabbard-corona... https://www.foxnews.com/politics/trump-wants-to-se... https://www.nbcnews.com/politics/congress/senate-d... https://www.theguardian.com/inequality/2018/jan/12...